Post Info TOPIC: Lulus PTK 1 Tetapi Anjakkan Gaji Di Lenyapkan Oleh KUP
Anonymous 613

Date:
Lulus PTK 1 Tetapi Anjakkan Gaji Di Lenyapkan Oleh KUP
Permalink   


Kenaikan Pangkat ke Gred 32 KUP adalah suatu Hadiah Pemberian Kerajaan yang begitu Manis kepada kakitangan senior dan kami begitu berterima kasih kepada keperihatinan Kerajaaan Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Tetapi apalah maknaya apabila KUP ini mematikan Anjakan Gaji Aras IV hanya kerana KUP di 'Backdate' ke sebelum tarikh PTK?

Disebabkan ini saya akan kerugian RM400.

Dan gaji sebenar yang akan saya terima di KUP adalah kurang RM200 daripada gaji Anjakan PTK.

Disini Kenaikan Pangkat KUP yang sepatutnya manis sudahpun menjadi pahit.

Walaubagaimanapun, saya tetap memilih Kenaikan Pangkat KUP sebagai menghormati Kerajaan yang telah menghormati kakitangan senior.

Syor Saya Kepada Kerajaan:

1. Semua Kelulusan PTK perlulah di ambil kira dan diterima pakai dalam apa saja
    keadaan. Dan tidak harus yang sudah Lulus itu 'diGagalkan' semula oleh KUP.   

2. Seseorang kakitangan telah membuat pelbagai persiapan untuk menghadapi
    pepriksaan ini termasuk membeli buku dan belajar siang malam.

3. Ada juga yang telah lulus PTK setelah mencuba bertahun-tahum lamanya, tetapi
    lenyap dalam sekelip mata kerana KUP.

4. PTK juga adalah suatu harapan besar seseorang kakitangan untuk meningkatkan
    pendapatan keluarga/anak-anak.

5. Meminta Kerajaan mempertimbangkan perkara ini dan Kekalkan Kesahihan
    Kelulusan PTK Aras IV ini untuk semua kakitangan yang terlibat.

Jutaan Terima Kasih

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard